Selasa, 12 Julai 2011

Hikayat Sang Bulan



Suatu malam yang indah, di halaman rumah kampung yang tenang, angin sepoi2 bahasa dan bunyi serangga malam indah mengalun kan irama indah itu. Asyik dara melayan bualan teruna di corong mulus telinganya.

 "Cube dongakkan kepale syg 2 ke atas" kate teruna pada dara.

"Ade ape kt atas 2 syg 2" soal dara pada teruna seraya mendongakkan kepalanye memandang dada langit yang berbintang.


" Lihat bulan oren 2 sekarang.." Kata teruna pada dara lagi.
Dara terus memandang bulan yang indah itu nan gah di dada langit yang mampu terapung tanpa satu alat yang menyokongnya dari jatuh tersebam ke bumi. Tingginya kekuasaan Ilahi mencipta keindahan sebegitu rupe.

" Cantik bulan 2 syg 2" Dara memuji keindahan PemilikNya.
Teruna mengalun kan kata indah membuatkan dara terus dibuai perasaan

" Ya, cantik yang ..Syg nie rase, syg nie berada dekat dengan syg 2. Bulan 2 perantara kita yang bijaksana. Mengurangkan rasa rindu diantara kita. Syg nie terlalu rindu syg 2. Memandang bulan tu, seolah melihat cinta hati syg nie, walau dimana syg 2 berada. Cahayanya membiaskan kasih, cinta dan sayang syg 2 pada syg nie. Terasa diri kuat menghadapi hari2 kite".
Air jernih mengalir di pipi dara. Besar rindu teruna pada dara. Kasihnya teruna pada dara sehingga kan melihat sang bulan kasih, sayang dan cinta dari dara turut dirasai oleh teruna. Setelah sekian lama tidak bersua, dipisahkan jarak dan tugas teruna yang sentiasa mencemburui cinta manis nya kepada dara. Demi tanggungjawab teruna terhadap negara, dara merelakan seikhlas hatinya teruna melangkah melaksanakan tugas sehabis baik. Sepertimana teruna menjaga dara sebaiknya walau bebanan tugasnya tergalas kemas dibahunya, dara juga akan melaksanakan sebaik mungkin mengawal gelora perasaan yang senantiasa ingin teruna pujaan hati berada di sisinya.
Dalam esak tangis terharu, dara melafazkan kata-kata penawar jiwa rindu  buat teruna yang dikasihi

" Syg 2, syg nie rindu syg 2 juga..terlalu rindu..Terima kasih cintaku. Syg nie akan setia menanti syg 2. Jodoh kita telah tersurat, 10 tahun kita terpisah akhirnya kini kasih kita bertaut semula. Allah menguji kesabaran hati kita. Andai kita berjaya hadapinya, Insyaallah kebahagian itu milik kita. Kita berjanji akan menjaga antara satu sama lain sehabis daya yang kita mampu, kerana untuk memiliki diantara satu sama lain itu bukan semudah pasangan bercinta yang lain. Cinta kita luar biasa."

Lafaz dara membuatkan teruna tertawa mengubat rindu dijiwa. Teruna dan dara  saling menghargai perasaan suci anugerah Ilahi buat mereka. Cinta tak terduga itu, selalunya indah. Membuatkan insan kerdil seperti kita menghargai kasih Sang pencipta buat ciptaannya.

Jika diizinkan Allah, Insyallah dara dan teruna akan dapat melihat bulan seperti ini. Doa akan sentiasa dipohonkan agar impian menjadi kenyataan. Restu ibu bapa mengiringi cinta ini.

Bila kah waktu itu?

Yakin akan berlaku :))..





4 ulasan:

  1. insyaAllah kak.
    baek niat kita, baek jugak lah hasilnye.
    ainn doakan akak :)

    BalasPadam
  2. Tq ainn atas doanye..hanya kau yang mengerti..

    BalasPadam
  3. cantik ayat2 yang disusun :) suka sangat. sangat bermakna.. ^^,

    BalasPadam