Ahad, 17 Julai 2011

Bila mentari hilang sinarnya.

Dara tersedar dari lena yang panjang. Disusun kemas langkah menghadap Sang Pencipta tanda kesyukuran dihati. Indahnya suasana damai dingin hening pagi. Suasana sepi menyelubungi diri namun dihati riuh mendendangkan zikir disubuh hari. Walau tidak dilafaz dibibir namun ia ikhlas dari sanubari hati.

"Terima kasih Ya Ilahi. Kau izinkan aku hidup sekali lagi". Lafaz dara saban hari. Dara melaksanakan tanggungjawab nya sepenuh hati dan mengharapkan belas ihsan Ilahi tuk hidup nya sekali lagi.

Dara menuju ke anjung rumah menanti panggilan teruna buat dirinya. Lena malamnya diganggu cinta manis teruna mencuit rindu dihati. Rutin harian teruna untuk menghubungi dara di kala selesai tanggungjawab mereka pada Ilahi.

Tatkala deringan itu bergema, tangkas dan pantas dara menyahut salam diberi. Bunga-bunga cinta terus berputik dihati dan haruman tersebar seluruh pelusuk bumi. Namun, suasana suram menyelubungi hati tatkala dara meluah kan rasa dihati.

"Syg nie x sangka nape syg 2 buat syg nie mcm 2. Ape salah syg nie. Nape perlu curi2. Syg percaya kt syg tu. sampai hati syg 2." Nada serius dara mengundang resah dihati teruna.

Teruna diam menyepi seribu bahasa. Tertanya-tanya gerangan kesalahan apa yang dicipta sehingga mengganggu hati dara. Sepengetahuannya..hati dara dijaga dan dibelai penuh dengan kasih sayang. Hati meronta ingin kepastian namun teruna cuba sembunyikan keresahan dan bernada tenang.

" Syg nie minta maaf atas kesalahan syg nie. Syg syg syg 2..Syg sgt2..syg nie x tau kesalahan syg nie. Ape yang mengganggu syg 2. Syg cinta syg 2." Helaan nafas teruna terhembus lembut menahan gelora rasa yang menyerang jiwa.

Berdegup kencang  jantung teruna mendengar suara mulus dara. Mungkinkah ada kesalahan nya pada dara.

"Syg 2 x pernah tinggalkan syg nie..Hinggakan dlm lena pun syg 2 hadir.. Syg 2 curi2 dtg jumpe syg saat syg terlena. Syg jadi rindu sgt2." Teruna tertawa mendengar luahan cinta hatinya, lembut tutur dara menyatakan rindu menandakan utuhnya cinta dara buat teruna. Hilang segala debaran, senyuman riang terukir dibibir.

"Itu maknanya, syg nie cinta mati syg 2. Andainya ditakdir Allah, syg nie nk sekubur dengan syg 2. Kalau boleh, biarlah kita satu kapan."  Kias teruna menerbitkan kebahagian buat dara. Terharu hati dara di kala itu.

"Syg nk masuk syurga dengan syg 2. Syg nk jadi isteri yang baik dan solehah buat syg 2. Syg nk jadi menantu yang dikasihi dan disayangi yang berbakti pada kedua orang tua." Luah dara terhadap teruna.

" Nanti kita bawa anak kita sekali ke syurga ya. Itu impian kita." Syukur dara dikurnia kan pasangan sebegitu rupa.

" Besok syg nie balik kampung, jadi kita jumpa kat gerai mak ye. Syg tau syg 2 rindu syg nie. Syg rindu syg 2 sgt2." Gembira hati dara mendengar khabar berita gembira.



Mentari pagi mula menampak kan sinarnya namun ia berselindung disebalik awan kelabu itu. Mungkin ia malu melihat ada sinar lain yang memancar terang berbanding sinarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan