Selasa, 19 Julai 2011

Resah

Kala maghrib kelmarin, gembira hati dara tak terhingga, teruna idaman selamat tiba di desa tercinta. Seperti pungguk merindukan bulan dara menanti terbitnya mentari berjanji untuk bertemu di gerai bonda tercinta. Disitu tempat mereka meluah kan rasa dibawah restu ibu tercinta. Sudah lama tidak ditatap wajah teruna setelah hampir genap empat purnama tidak bersua. Rindu senda ayahanda, tatkala melihat anak terunanya mendampingi dara ditiap ketika. Gurau senda ayahanda merestui jodoh mereka. Dara bahagia, teruna pun begitu jua. Keadaan yang memaksa mereka terpisah seketika. Insyallah akan ada sinar bahagia di hidup mereka nanti. 

Syg 2, syg nie dh sampai kampung. Ringkas mesej diterima, namun riang ria hati dara.

Namun, terbit mentari pagi..dukacita menerpa hati.



Hati dara resah tatkala menerima berita dari teruna. Bening pagi dara suram. Mengapa saat ini dugaan datang menimpa. Perasaan rindu terhadap teruna belum terubat jua. Kesabaran dara diuji lagi. 

Badan kurang sihat, dada sakit betul..maaf tau syg 2..syg nie tido je nie..tak dapat nak tolong mak.

Gundah gulana hati dara. Bagaimana agaknya keadaan teruna. Resah hati tidak kepalang rasanya. Hendak berhubung tidak berdaya. Dara berpegang pada janji. Janji pada teruna masih utuh terpatri di hati.  Tatkala ini , Sidia pasti berada disisi teruna. Sudah ketentuan ilahi mempertemukan mereka sebegitu rupa. Dara menangis didalam hati. Rasa hampa berganti resah menyesak hidupnya kini. 


Menjelang maghrib,  bonda tercinta menyampaikan pesanan dari teruna buat dara. Teruna risau akan keadaan dara. Disampaikan  salam sayang buat dara melalui bonda tercinta. Bonda menyatakan risau dihati melihat anak teruna namun diberikan kekuatan juga buat dara yang disayangi. 

" Jago diri 2..Jangan risau..omak ado tolong nengok kan dio.. X dapek dio telepon..omak yang tolong kabarkan keadaan eh. Kuek kan hati 2. Omak sayangkan kek kau. Dio posan jangan risau. Dio minta maaf sobab x dapek jumpo. Omak faham, bukan sonang nk tonang maso nie. Korang nak jumpo pun susah tp korang redho jolah. Ado nanti tu." Sayu hati dara. Cinta manis menahan sakit sendiri. Kasih bonda penguat rasa tatkala itu.

Doa dipanjatkan buat kekasih hati. Tenang dara menangani situasi. Biarkan hampa larut pergi, biar resah setia menemani. 

1 ulasan: