Selasa, 14 Disember 2010

Hati ku lagi

Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang 

dengan mencuri hatinya 

andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... 

kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya 

dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...


Salahkah aku

Bukan kupinta p`temuan 
jika akhirnya p`pisahan yg m`datang
Bukan kurayu utk diriku dicintai 
jika akhirnya aku ditinggalkan.
Benarkah kata janji itu hanya manis di mulut
ttp m`jadi racun berbisa jika ia x dikotakan 
 aku yang terlalu berharap untuk memiliki hatimu 
sedangkan kau hanya ingin memainkan perasaanku? 
Butakah cintaku n bersalahkah diriku yg t`lalu m`harapkanmu 
utk mengisi bunga2 cinta disegenap ruang hatiku

Ahad, 12 Disember 2010

Cinta Itu Indah

Cinta itu memang indah...

 Namun 

untuk menempuh dunia percintaan 

Memerlukan begitu banyak pengorbanan 

Siapa yang tidak mahu memiliki cinta yg terindah

Tiada cinta yg tiada penghalang

Cinta yang sejati payah sekali ditemui 

Bila seseorang mendustai cinta

 Hati mula terasa gelisah

 Kejujuran dan keikhlasan hati membuatkan seseorang akan terasa cintanya dihargai. 

Hidup pula sentiasa ditemani kebahagiaan sejati.



Sabtu, 4 Disember 2010

Doa sang pencinta

Aku tidak takut untuk terus mencuba untuk bercinta..kerna bukan aku yang menghadirkan cinta itu di dalam hati.....aku bersyukur denganmu ya Allah..dengan segala kebahagiaan yang engkau berikan..tapi jikalau engkau ingin menguji ku lagi..janganlah kau ambil 'dia' dari hidupku..kerna aku tak sanggup kecewa lagi...sungguh perit kekecewaan itu..

Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya 

kerana 

selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya

 tetapi 

berjanjilah untuk menyayangi dirinya 

seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

Jumaat, 3 Disember 2010

 

Saat bertemu orang yang pernah kau cintai

Tersenyumlah dengan wajar

Kerana si dia lah

Yang membuat mu lebih mengerti tentang cinta

Saat bertemu orang yang pernah kau benci

Sapalah dengan tersenyum 

Kerana si dia telah membuatmu

Semakin teguh dan kuat..

 

Ketika kau merasa telah dikhianti dan dikecewakan

Berdoalah 

Agar suatu saat

kau tidak akan mengkhianati

dan

Mengecewakan orang lain pulak

kerana 

Kamu  juga telah merasakan

Betapa 

Sakitnya dikhianati dan dikecewakan...

Isnin, 29 November 2010

Cinta yang hakiki

 

Bagi yang kecewa...bagi yang putus asa ..atau bg yang kesedihan...hurmm mulakan lah hidup baru...Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan
dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan. Mengecapi kebahagiaan
memerlukan adanya pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran,
seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan dan kicau burung yang
menyanyikan kedamaian....subhanallah

Kadang-kadang kita terlepas pandang bahawa Allah mengaturkan segala-galanya, mungkin Allah mahu kita bertemu orang lain yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai...

Jika..

jika mereka sibuk mencari

cinta,

biarlah kita sibuk mencari
...
iman..

jika mereka sibuk mencari

pasangan,

biarlah kita sibuk mencari

keredhaan..

jika mereka menangis kecewa

disebabkan percintaan,

biarlah kita menangis

mengenangkan dosa-dosa

semlm..

jika mereka cinta manusia,

biarlah kita cinta TUHAN..

CINTALAH DIA ALLAH YG

MEMILIKI SEGALA-GALANYA

Hafiz,Aril,Ayu,Tini,Ann-Hanya kerana cinta


Song : Hanya Kerana Cinta
Artist : Hafiz, Tini, Ayu, Aril & Ann

Rabu, 24 November 2010

L.O.V.E @ C.I.N.T.A


Apa itu CINTA? Sebahagia manakah mampu sebuah cinta lakukan buat kita? Bolehkah kita hidup tanpa cinta dalam kehidupan harian kita? Apakah ianya suatu suratan atau kebetulan hadirnya cinta dalam hati kita?...

Cinta itu sesuatu yang cukup indah yang dianugerahkan ilahi pada diri tiap-tiap insan..Kehadiran cinta tanpa kita sedari dan ianya sering menggamit kasih dan cinta akan mula bersemi..Cinta Itu adalah permulaan sebuah kebahagian..

ALANGKAH malangnya manusia yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan di hari muka...jika cinta dijelmakan dalam diri, ia begitu memotivasi...Jika diberikan kepada seseorang ibarat memberikan segunung emas kepadanya..Tatkala dijelmakan dalam rumahtangga, jawapannya adalah kerukunkan dan kesefahaman yang berpanjangan...Cinta yang murni adalah pemangkin untuk kehidupan yang penuh kebahagian.

Cinta tidak menuntut kita menjadi orang lain tetapi menjadi diri sendiri...Cinta yang suci tidak menuntut perubahan atau pengorbanan besar demi orang yang kita kasihi jika si dia tidak dapat melihat kecantikan dan keistimewaan dalam diri kita...Ternyatalah orang itu bukan ditakdirkan untuk kita...

Bagi pasangan yang bercinta...Yakinkan diri anda akan keistimewaan si dia..Kerana si dia adalah satu-satunya didunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan daripada si dia kerana si dia telah pun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya..

Cinta tidak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh selalu bersama cinta. Kata ahli pujangga: " Cinta letaknya dihati, meskipun tersembunyi namun getarannya tetap terasa. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus tindakan kita. Sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa kita sedari."