Isnin, 29 November 2010

Cinta yang hakiki

 

Bagi yang kecewa...bagi yang putus asa ..atau bg yang kesedihan...hurmm mulakan lah hidup baru...Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan
dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan. Mengecapi kebahagiaan
memerlukan adanya pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran,
seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan dan kicau burung yang
menyanyikan kedamaian....subhanallah

Kadang-kadang kita terlepas pandang bahawa Allah mengaturkan segala-galanya, mungkin Allah mahu kita bertemu orang lain yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai...

Jika..

jika mereka sibuk mencari

cinta,

biarlah kita sibuk mencari
...
iman..

jika mereka sibuk mencari

pasangan,

biarlah kita sibuk mencari

keredhaan..

jika mereka menangis kecewa

disebabkan percintaan,

biarlah kita menangis

mengenangkan dosa-dosa

semlm..

jika mereka cinta manusia,

biarlah kita cinta TUHAN..

CINTALAH DIA ALLAH YG

MEMILIKI SEGALA-GALANYA

Hafiz,Aril,Ayu,Tini,Ann-Hanya kerana cinta


Song : Hanya Kerana Cinta
Artist : Hafiz, Tini, Ayu, Aril & Ann

Rabu, 24 November 2010

L.O.V.E @ C.I.N.T.A


Apa itu CINTA? Sebahagia manakah mampu sebuah cinta lakukan buat kita? Bolehkah kita hidup tanpa cinta dalam kehidupan harian kita? Apakah ianya suatu suratan atau kebetulan hadirnya cinta dalam hati kita?...

Cinta itu sesuatu yang cukup indah yang dianugerahkan ilahi pada diri tiap-tiap insan..Kehadiran cinta tanpa kita sedari dan ianya sering menggamit kasih dan cinta akan mula bersemi..Cinta Itu adalah permulaan sebuah kebahagian..

ALANGKAH malangnya manusia yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan di hari muka...jika cinta dijelmakan dalam diri, ia begitu memotivasi...Jika diberikan kepada seseorang ibarat memberikan segunung emas kepadanya..Tatkala dijelmakan dalam rumahtangga, jawapannya adalah kerukunkan dan kesefahaman yang berpanjangan...Cinta yang murni adalah pemangkin untuk kehidupan yang penuh kebahagian.

Cinta tidak menuntut kita menjadi orang lain tetapi menjadi diri sendiri...Cinta yang suci tidak menuntut perubahan atau pengorbanan besar demi orang yang kita kasihi jika si dia tidak dapat melihat kecantikan dan keistimewaan dalam diri kita...Ternyatalah orang itu bukan ditakdirkan untuk kita...

Bagi pasangan yang bercinta...Yakinkan diri anda akan keistimewaan si dia..Kerana si dia adalah satu-satunya didunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan daripada si dia kerana si dia telah pun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya..

Cinta tidak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh selalu bersama cinta. Kata ahli pujangga: " Cinta letaknya dihati, meskipun tersembunyi namun getarannya tetap terasa. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus tindakan kita. Sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa kita sedari."